MALAYSIAKINI
Kerajaan disaran mencari kaedah lebih berkesan bagi mengurangkan kes kemalangan jalan raya terutama pada musim perayaan yang sering kali mencatatkan angka korban yang agak tinggi.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata, statistik jelas menunjukkan bahawa tiada penurunan drastik jumlah kemalangan dan kematian walaupun pelbagai usaha dilaksanakan kerajaan.
"Sebagai contoh sepanjang tahun lalu, sebanyak 6,915 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan iaitu menurun sedikit berbanding 6,917 kematian pada 2012.
"Walaupun ada penurunan tetapi ia amat kecil dan angka kematian sejak dua tahun lalu iaitu melebihi 6,000 orang adalah angka yang masih tinggi," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Justeru, Lee mencadangkan agar kerajaan memperketat lagi pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan jalan raya bagi memberi impak lebih berkesan terhadap sikap pengguna jalan raya.
Lee berkata, sikap pengguna merupakan penyumbang utama kepada statistik kemalangan yang tinggi dan mereka perlu sentiasa dididik dan diingatkan tentang tanggungjawab mereka semasa berada atas jalan raya.
"Kempen-kempen kesedaran perlu diperhebat dan dipergiat dan dilaksana secara berterusan dan bukannya bermusim bagi mengingatkan orang ramai seterusnya mengubah sikap mereka supaya menjadi pengguna yang lebih bersopan santun dan mematuhi peraturan jalan raya," katanya.
Menurut Buku Statistik Kemalangan Jalan Raya yang disediakan Jabatan Keselamatan Jalan Raya, sebanyak 477,204 kemalangan dicatatkan pada tahun lalu, meningkat berbanding 462,423 pada 2012 dan 449,040 pada 2011.
Sebanyak 34,118 kemalangan tahun lalu terjadi sewaktu musim perayaan utama iaitu Tahun Baru Cina dan Aidilfitri yang mengorbankan 486 nyawa.- Bernama