GAZA: Serangan tentera Zionis ke atas Gaza masuk hari ke-19 hari ini dan menyaksikan sejumlah 804 orang rakyat Palestin yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak gugur syahid setakat ini.
Selain itu, jumlah cedera juga terus meningkat sehingga 5,200 orang mengakibatkan hospital di Gaza tidak mampu lagi untuk menampung mangsa.
Lebih memburukkan keadaan apabila mereka kini turut berdepan krisis bahan api.
Semalam sekurang-kurangnya 15 terbunuh manakala 70 yang lain cedera apabila sebuah sekolah dikendali Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Beit Hanoun, Utara Gaza dibedil dengan peluru meriam oleh tentera Zionis Israel.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra, berkata peluru meriam Israel disasarkan ke dalam sekolah walaupun bendera PBB jelas berkibar di atas bangunan.
Sekolah UNRWA adalah merupakan salah satu tempat yang memberi perlindungan kepada pelarian Palestin.
Israel memeulakan serangan ke atas Gaza sejak 7 Julai lalu.
Dan kini serangan secara agresif dilakukan meliputi operasi darat, udara dan juga laut.
Pejuang sayap kanan Hamas, Briged Al-Qassam pula turut membuat serangan balas sebagai mempertahankan kubu mereka.
Sehingga kini lebih 30 tentera Zionis Israel dilapor terkorban. -HARAKAHDAILY