MALAYSIAKINI
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pembinaan 2,496 rumah mampu milik pertama Selangor di Hulu Klang dengan modal pusingan RM100 juta.
Khalid berkata kerja menanam cerucuk akan bermula bermula Oktober ini selepas mendapat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) sementara kebenaran merancang daripada pihak berkuasa akan diperolehi pada Ogos ini.
Projek yang juga dikenali Rumah Selangorku dibangunkan atas tanah seluas 33 ekar milik Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dengan keluasan 900 kaki dan 1,000 kaki persegi.
"Sebanyak 2,496 unit rumah akan dibina yang mengandungi lapan blok dengan setiap blok setinggi 20 tingkat. Projek ini dibina dalam empat fasa dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam tahun setengah.
"Kita menjangkakan proses jual beli Rumah Selangorku ini dapat dilakukan selewat-lewatnya pada Februari 2015 dan penyerahan kunci rumah bagi Fasa 1 dijangka pada Disember 2016," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Khalid berkata pembinaan rumah itu mengguna pakai kaedah pasang siap (IBS) bagi mempercepatkan tempoh pembinaan berbanding kaedah konvensional.
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dipertanggungjawab menyelia projek itu, manakala syarikat Eco World UK Sdn Bhd dilantik sebagai pemaju.
Ini kerana, kata Khalid, syarikat itu berpengalaman luas dalam projek perumahan projek rumah mampu milik mengguna pakai konsep IBS.
"Projek ini antara usaha dan komitmen kerajaan Selangor untuk menyediakan perumahan kepada semua rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
"Pada masa yang sama, anak syarikat kerajaan negeri Selangor seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) meneruskan tanggungjawab sosial untuk membina rumah mampu milik," katanya.