Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

FB berbaur hasutan, pegawai polis ditukar

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Seorang pegawai penyiasat kanan polis yang memuat naik status berbaur hasutan di akaun Facebook telahpun dikenakan tindakan.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi akaun twitter beliau, berkata pegawai itu ditukar serta-merta ke Bahagian Kepolisan Am, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman sehingga siasatan selesai.
  
Baru-baru ini, pegawai itu yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Kedah dikatakan memuat naik status berbaur hasutan terhadap penganut agama Hindu di negara ini.- Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722