Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Gaza: Bukan masa negara Islam berdiam diri

$
0
0

SALMAH MAT HUSAIN


KOTA BHARU:“Bukan masanya negara-negara Islam berdiam diri begitu sahaja tanpa melakukan sesuatu untuk membantu umat Islam di Gaza.

“Sedangkan jumlah kematian penduduk bertambah dari sehari ke sehari,” kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Oleh itu beliau berkata kerajaan Kelantan meminta Negara Pertubuhan Islam (OIC) mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Palestin sekarang.

Katanya, jangan pula ada yang berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa.

Kata beliau sudah sampai masanya OIC dan Liga Arab menyatakan pendirian tegas dan prihatin terhadap situasi menyayat hati yang berlaku di Gaza.

“Kami mendesak supaya diadakan sidang khas OIC atau Liga Arab bagi menangani tragedi pembunuhan dilakukan tentera Zionis di Gaza,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, semalam.

Mohd Amar berkata, di Kelantan pelbagai usaha dilakukan bagi membantu umat Islam di Gaza termasuk mengumpul derma yang diusahakan badan-badan bukan kerajaan dan perhimpunan membantah kekejaman Israel.

Menurutnya juga kerajaan Kelantan merakamkan rasa sedih dan dukacita terhadap kekejaman tentera Zionis terhadap penduduk Islam di Gaza. -HARAKAHDAILY

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722