Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Malaysia akan pastikan dalang MH17 dibawa ke muka pengadilan - Menteri

$
0
0
ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussien hari ini menegaskan bahawa kerjaan Malaysia akan memastikan pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi malang yang menimpa pesawat Malaysian Airlines (MAS) penerbangan MH17 diheret ke muka pengadilan sehingga ke lubang cacing.
 
"Kita akan bawa perkara ini sehingga ke lubang cacing. Daripada awal lagi kita naktahu apa yang telahpun berlaku dan kita anggap tindakan ini sebagai tindakan seperti ayat-ayat yang begitu keras dinyatakan oleh PM tadi dan kita setuju sangat," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
 
Malah, beliau berkata pendekatan yang diambil oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai menongkah arus dan tidak terikut-ikut dengan laporan media antarabangsa berhubung tragedi ini. 
 
"Penekatan yang dibuat oleh PM merupakan satu pendekatan yang menongkah arus tidak terikut-ikut, tidak diheret oleh geopolitik di Ukraine. 
 
"Ini satu tindakan yang berani dan tindakan itu telah membuahkan hasil dan kebijaksanaan kepimpinan beliau telah mengizinkan jenazah dan jasad mayat serta kotak hitam itu berada bersama-sama dengan pihak kita untuk siasatan lanjut," katanya.
 
"Kita tidak mahu tuduhan-tuduhan daripada pihak-pihak yang berkepentingan dan kita hanya mahukan kebenaran dan kebenaran itu sedikit sebanyak memerlukan kebijaksanaan dalam melakukannya dan say ucapkan tahniah secara peribadi kepada PM," ujarnya.
 
Hishammuddin juga turut melahirkan rasa terharunya atas sokongan yang tidak berbelah bahagi pakatan pembangkang.
 
"Saya tengok suasana didalam dewan diselebungi dengan perasaan yang begitu sedih begitu sedih dan pilu tetapi dalam masa yang sama saya rasa terharu kerana sokongan yang diberikan bukan sahaja dari pihak kita (BN) tetapi oleh pihak pembangkang tidak berbelah bagi kepada usul yang dibentangkan oleh PM," jelasnya.
 
Selain itu, beliau berkata kementerianya itu kini sedang mengikut rapat serta memantau perjalanan jenazah mangsa MH17 agar dapat kembali ke tanah air sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.
 
"Pihak Mindef sedang mengikuti dan memantau perjalanan jenazah-jenazah berkenan setakat mana yang kita mampu dan cuba tunaikan apa yang dijanjikan supaya jenazah dapat kembali sebelum hari Raya," tambahnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722