Oleh: SYAZWANI SUFIAN
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan program ‘Kempen Selamat Balik Kampung’ dengan memberikan topi keledar secara percuma sebagai simbolik agar pengguna mengutamakan keselamatan jalan raya.
Sebanyak 300 unit topi keledar dewasa, 20 unit topi keledar kanak-kanak diberikan secara percuma kepada penunggang motosikal.
Ia adalah sumbangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKR) dan SIRIM QAS International Sdn. Bhd khususnya kepada penduduk Shah Alam yang diadakan di Jalan Kuala Selangor, Paya Jaras, Seksyen U20, Shah Alam.
Topi Keledar yang disediakan menepati ciri-ciri keselamatan yang telah diluluskan SIRIM QAS Internasional Sdn. Bhd.
Pengarah JKR, Norlaily Zakariah bersama Datuk Bandar MBSA, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan turut serta menyerahkan topi keledar kepada penunggang motosikal menjayakan lagi program ini.
Selain topi keledar, MBSA juga mengedarkan buah kurma kepada orang ramai sempena bulan Ramadan al-Mubarak.EZY