MSTAR ONLINE
Dalam serbuan 3 pagi itu, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan kerjasama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Agama Daerah Temerloh mendapati seramai 35 orang terdiri daripada 19 lelaki, 13 wanita, tiga kanak-kanak dan seorang bayi berada di ruang tamu rumah teres dua tingkat itu.
Ketua Unit Operasi JAIP Mohd Anis Mohd Azmi berkata serbuan itu dibuat hasil risikan JAIP selama beberapa bulan berikutan aduan orang awam yang mengesyaki berlaku penyelewengan agama di kediaman itu.
"Difahamkan mereka berasal dari India dan mengamalkan fahaman itu sejak turun temurun tetapi tidak berdakwah kepada orang lain dan hanya mengamal dalam kalangan saudara mara terdekat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Anis berkata mereka dipercayai beribadat mengikut fahaman bertentangan Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu fahaman berlainan yang ditetapkan Jabatan Mufti Pahang.
JAIP akan memanggil mereka ke Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) pada 23 Julai ini untuk memberikan keterangan lanjut dan siasatan dilakukan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Sekysen 15 kerana menyalahi fatwa yang ditetapkan.
Beliau berkata ,ereka juga akan disiasat mengikut Seksyen 17 kerana memiliki dokumen bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Seksyen 18 kerana memiliki buku, majalah dan lain-lain yang bertentangan dengan ajaran Islam.
"Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga seksyen itu memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya," katanya.