SEPANG - Operasi Pusat Media Jabatan Penerangan bagi tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Hotel Sama-Sama di sini, ditamatkan bermula tengah malam ini.
  
Jabatan Penerangan dalam kenyataannya berkata pusat itu ditutup sehingga satu tarikh diumumkan kelak kerana tiada menteri yang akan memberi sidang media mengenai perkembangan nahas pesawat itu.
  
Pusat media itu dibuka oleh jabatan berkenaan sejak Jumaat lepas bagi menyalurkan maklumat dan perkembangan terkini mengenai tragedi MH17 itu.
  
Pesawat MH17 yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Donetsk, di bahagian timur Ukraine dekat sempadan Rusia pada Khamis lepas.
  
Pesawat Boeing 777-200 itu dinaiki 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal.  - Bernama