MALAYSIAKINI
Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) akan menghentikan penggunaan kod penerbangan MH17 bagi menunjukkan rasa hormat terhadap mangsa tragedi itu.
Dalam satu kenyataan hari ini MAS berkata kod penerbangan baru untuk perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur adalah MH19.
"Perubahan ini akan berlaku bermula 25 Julai 2014," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyebut tiada perubahan kekerapan penerbangan antara dua destinasi tersebut dan jadual penerbangan harian antara kedua ibu negara akan berjalan seperti biasa.
MH17 dipercayai ditembak jatuh peluru berpandu di wilayah Donetz, Ukraine, kira-kira 500km dari ibu negaranya Kiev Khamis lalu.
Tragedi itu mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal yang majoritinya dari Belanda.