Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Gadis pengunci stereng akan dituduh di mahkamah pada Isnin

$
0
0
THE MALAYSIAN INSIDER


Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin (gambar) atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas di Temerloh Isnin lepas akan dituduh di mahkamah Isnin ini.

 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Zakaria Ahmad berkata keterangan diambil daripadanya pada Khamis.

 "Dia yang ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama.

Kiki dibebaskan selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya," katanya hari ini.

Beliau berkata setakat ini kes masih disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan).

Wanita terbabit dilihat membuli seorang warga emas berumur 68 tahun selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya.

Dia dilihat mengetuk-ngetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta yang perbuatannya itu dirakam orang ramai dan videonya dimuat naik di laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube. – Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722