Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi juga meminta orang ramai supaya tidak berkongsi, meletakkan pautan atau memaparkan kandungan menyayat hati itu dalam laman-laman sosial.
"Kami ingin mengingatkan orang ramai supaya menghormati jasad mereka yang kehilangan nyawa serta anggota keluarga waris dalam tragedi MH17 semalam.
"Kami semua turut bersedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa," katanya dalam laman Facebook SKMM, Jumaat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.
Pesawat MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.