Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Timur Ukraine diisyhtihar zon larangan terbang

$
0
0
ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
BRUSSELS: Pihak berkuasa Ukraine semalam mengisytiharkan kawasan timur negara itu sebagai zon larangan terbang selepas pesawat penerbangan Malaysia (MAS) membawa 298 penumpang terhempas di wilayah itu, kata Badan Keselamatan Penerbangan Eropah, Eurocontrol.
 
Syarikat penerbangan Eropah dan Amerika Syarikat mengubah laluan penerbangan mereka selepas Kiev mengesahkan pesawat MAS MH17 ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah kira-kira jam 10.15 waktu Malaysia.
 
Seorang pegawai Amerika Syarikat berkata penganalisis perisikan percaya ia ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu permukaan ke udara.
 
"Sejak insiden itu, pihak berkuasa Ukraine memaklumkan Eurocontrol mengenai penutupan laluan dari kawasan itu sehingga ke altitud di Timur Ukraine.
 
"Kesemua pesawat yang merancang untuk terbang menggunakan laluan itu kini disekat oleh Eurocontrol. Laluan itu akan ditutup sehingga diberitahu kelak," menurut satu kenyataan.
 
Menurut maklumat Eurocontrol, pesawat tersebut terbang pada kedudukan 33,000 kaki apabila ia hilang dari radar.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722