Pada 8 Mac lalu, MAS mula dikenali masyarakat dunia apabila sebuah pesawat milik syarikat penerbangan itu hilang dari radar dan tidak ditemui hingga kini.
Dalam kejadian itu, penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal hilang dari radar selepas berlepas pada pukul 12.41 pagi.
Pesawat itu dilaporkan mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi dan usaha mencari masih diteruskan sehingga hari ini.
Bagaimanapun, pada Khamis dunia sekali lagi dikejutkan dengan berita nahas penerbangan apabila sebuah lagi pesawat milik MAS terhempas kerana ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu.
Pesawat itu didakwa ditembak jatuh kerana terbang di kawasan konflik antara kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro-Rusia.