PETALING JAYA: Semua mata akan tertumpu kepada dasar fiskal Putrajaya memandangkan kenaikan harga mula membebani rakyat, kata Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.
Beliau berkata dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, dan lebih banyak pemotongan subsidi dijangka berlaku, persoalan lebih banyak akan dibangkitkan mengenai kredibiliti Kerajaan.
"Rakyat akan meletakkan lebih penelitian ke atas perbelanjaan kerajaan dan jika dasar ekonomi difikirkan tidak baik, keadaan itu akhirnya akan memburukkan lagi permintaan domestik," katanya.
Liew, yang memperoleh suara terbanyak dalam pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat DAP baru-baru ini berkata kenaikan harga itu akan memberi kesan semua orang.
"Orang ramai akan cuba untuk menjimatkan wang, kurang berbelanja dan mendapatkan pendapatan sampingan. Apabila semua orang yang menawarkan khidmat dan tidak ada yang membuat pembelian, permintaan dalam negeri akan jatuh," katanya.
Beliau berkata satu-satunya cara bagi kerajaan untuk mengurangkan kesan ke atas orang ramai akan ialah dengan menghapuskan "pembaziran" dalam pelbagai sektor dan meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam dan bukannya memotong subsidi bahan api.
"Saya percaya kerajaan mempunyai hak untuk menaikkan harga petrol tetapi ia hanya harus dilakukan apabila pengangkutan awam yang berkesan dan cekap.
"Untuk menyediakan pengangkutan awam yang cekap, ia tidak semestinya mmerlukan MRT," katanya merujuk kepada projek Kerajaan Persekutuan yang merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi.
"Ini akan membolehkan lebih ramai orang untuk melobi bagi mendapatkan kontrak. Adakah kita benar-benar menggalakkan orang ramai untuk menaiki bas?
"Jika kita telah berjaya menggalakkan orang ramai untuk beralih kepada pengangkutan awam, barulah kita boleh bercakap tentang menaikkan harga petrol," katanya.
Selain kos sara hidup, Liew melihat 2014 sebagai ujian untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada bagaimana beliau mengendalikan "pelampau" dan NGO-NGO berhaluan kanan yang menjadi batu penghalang kepada masyarakat pelbagai budaya Malaysia.
"Apa sahaja yang dilakukan pada tahun ini akhirnya akan memberi kesan kepada negara pada tahun-tahun akan datang. Dia perlu membuat keputusan sama ada mahu terus mengambil pendekatan sederhana seperti bagaimana 1Malaysia digambarkan atau sebaliknya," katanya.
Liew tidak menolak kemungkinan populariti Barisan Nasional merosot terutamanya di kawasan pinggir bandar pada tahun ini.