Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kontraktor perlu pastikan kualiti terbaik 3,700 km jalan

$
0
0

Oleh: Naeem Raffi


SHAH ALAM : Sub-kontraktor terpilih dalam penyelenggaraan jalan diperingatkan agar menjalankan tugas dengan amanah serta mendokong integriti dalam memastikan kualiti kerja terbaik.
Exco Belia, Sukan, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus Hairi berkata hasrat Kerajaan Negeri adalah untuk melihat nilai wang itu dimanfaat sepenuhnya dan akhirnya rakyat berpuas hati dengan hasil projek yang dibangunakan.

Yunus Jalan-3Katanya, ia adalah untuk memastikan keadaan jalan negeri sepanjang 3,703.09 km di semua daerah berada dalam keadaan baik dan memuaskan rakyat.

“Bermula Julai 2014 sehingga September 2015, Sub-kontraktor ini akan melakukan kerja-kerja penampalan lubang, memotong rumput, penyenggaraan perabot jalan, jambatan dan longkang dengan kos sejumlah RM35 Juta setahun,” jelasnya.

Yunus berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Kepada Sub-kontraktor di bawah KPS-HCM Sdn. Bhd.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Datuk Ir Hamizan Mohd Inzan dan Pengurus KPS.HCM Sdn. Bhd, Md. Norli Md. Salleh.

KPS-HCM Sdn Bhd adalah konsesi penyelenggaraan yang dipertanggungjawabkan Kerajaan Negeri bagi menyelenggara jalan-jalan seluruh Selangor menerusi kontrak jangka panjang sejak September 2008 sehingga Setember 2015.

Dr Yunus yakin dengan adanya jalan raya yang baik mampu melonjak dan meletakkan ekonomi negeri diposisi yang membanggakan.

Skop kerja KPS-HCM merangkumi penyenggaraan berkala, kerja-kerja kecemasan dan penyenggaraan rutin.

Bagi sesi 2014/15, KPS-HCM melantik 86 sub-kontraktor Kelas F bagi melakukan penyenggaraan rutin.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor pula bertindak sebagai agensi pemantau bagi memastikan semua kerja-kerja penyenggaraan rutin oleh sub-kontraktor ini memenuhi kehendak kontrak, spesifikasi dan piawaian seperti yang ditetap.

“Harga terendah, ia bukan bertujuan untuk mendapatkan projek. Tetapi kita menetapkan harga itu adalah harga munasabah,” katanya.EZY

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722