Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Hasan Ali tuntut tindakan tegas ke atas Khalid

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


NGO pendesak Melayu, Jalur Tiga Malaysia (JATI) menggesa parti PAS bertindak tegas ke atas MP dari parti itu, Khalid Samad demi menjaga hubungan baik di antara kerajaan Selangor dan pihak istana.

Presiden JATI, Datuk Hasan Ali berkata, PAS perlu bertindak kerana tuntutan Khalid yang “gelojoh” agar kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dihapuskan itu di luar kuasa sebuah parti politik.

Apatah lagi apabila ia berkait secara langsung dengan Sultan Selangor yang menjadi ketua agama Islam dan istiadat Melayu, katanya.

"Khalid Samad bukan setakat bertindak di luar daripada batasan peraturan parti, bahkan dalam kes yang sedang dipersoalkan itu beliau terang-terang dengan gelojoh membuat cadangan rambang supaya kuasa eksekutif MAIS dibataskan.

"Cadangan yang tidak waras ini sudah tentu berkait langsung dengan batang tubuh Tuanku Sultan yang menjadi payung agama Islam dan adat istiadat Melayu seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

Katanya, PAS perlu mengambil kira penjelaskan PAS Selangor bahawa tuntutan tersebut hanya pandangan peribadi Khalid Samad dan tiga MP parti tersebut.

"Seperti disahkan oleh pesuruhjaya PAS Selangor baru-baru ini bahawa pandangan Khalid Samad dan tiga ahli Parlimen PAS itu tidak mencerminkan pandangan PAS Selangor.

"Tetapi adakah insiden-insiden ini belum cukup untuk pimpinan PAS mengambil tindakan lebih "decisive" demi menjaga imej parti di samping mengekalkan hubungan baik dengan pihak istana?" katanya pada sidang media di kediamannya di Kuala Lumpur.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722