Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Hard Rock: Bertambah lagi ‘menteri cap ayam’

$
0
0
HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Apa yang tergambar daripada kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ialah beliau nampaknya begitu teringin mahu melihat Hard Rock membuka cawangan di Putrajaya sehingga sanggup mencadangkan sesuatu yang mustahil iaitu persembahan nasyid bagi menggantikan muzik rock tanpa batasan.

Bagi blogger Shahbudin Husin, di ketika Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat turut menjelaskan tiada cadangan dan pengurusan Hard Rock pula menyatakan tiada perancangan ke arah itu, Tengku Adnan seperti membuka laluan semula mengenainya.

"Cadangan persembahan nasyid bagi menggantikan muzik rock bukan saja ternampak lucu, tidak masuk akal dan menyerlahkan keghairahan tanpa sempadan Tengku Adnan terhadap Hard Rock, malah dalam masa yang sama menyingkap kewibawaan dan tahap pemikirannnya yang sebenar sebagai seorang pemimpin.

Dalam erti kata lain, bertambahlah seorang lagi 'menteri cap ayam' dalam kabinet Najib sekarang ini," tulis beliau di dalam blognya semalam.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722