MALAYSIAKINI
Jumlah penganut Islam di dunia ini sebanyak 1.5 bilion. Mereka juga menguasai telaga minyak di seluruh dunia dan tidak ketinggalan senjata-senjata canggih.
Dengan pelbagai kelebihan, kenapa umat Islam hanya mampu menghantar bantuan bantuan ke Palestin dan menyatakan bantahannnya kepada Israel melalui memorandum, solat hajat dan demonstrasi sahaja?
Perkara itu dibangkitkan oleh bekas pemimpin kanan kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Zulkifli Noordin (bawah).
“Dan kita hanya mampu berdemo menyerahkan memorandum mengutuk Israel? Dan kita hanya mampu berguling atas jalan?
“Lepas itu kita berkumpul ramai-ramai di kedai mamak tengok Piala Dunia FIFA!” sindir Zulkifli yang juga bekas anggota parlimen PKR untuk kawasan Kulim Bandar Baru.
Serangan Israel ke Semenanjung Gaza masuk hari keenam hari ini dan sudah memakan korban sebanyak 149 orang termasuk kanak-kanak dan wanita.
Belum ada kematian di pihak Israel walaupun Hamas turut membedil negara itu, yang dilengkapi sistem penangkis separa tajaan Amerika Syarikat Iron Dome.
Keganasan rentas sempadan menunjukkan tiada tanda-tanda akan berkurangan walaupun tekanan antarabangsa makin memuncak supaya ia dapat dihentikan.
Pulang masjid dalam beg mayat
Menulis dalam blognya semalam, Zulkifli mengingatkan kembali kegemilangan tokoh-tokoh besar dalam sejarah Islam yang keadaan keadaan jauh berbeza dengan umat Islam masa ini.
Sebagai contoh, katanya, sahabat Rasulullah Khalid Al-Walid hanya mempunyai 20,000 tentera tetapi berani berdepan dengan 1.2 juta tentera musuh.
“Dan kita hanya mampu hantar selimut bantal, ubat, kutip derma sambil mendirikan solat hajat dan berdemo!
“Aiyyuhal Muslimin (wahai orang-orang Islam), sampai bila? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing,” katanya.
Katanya, selepas Perisytiharan Balfour pada 1917 dan negara Israel terbentuk, umat Islam di Palestin kini tidak lagi kenal keamanan dan nyawa mereka sentiasa di hujung tanduk.
Menurut Zulkifli lagi, Israel bukan sahaja boleh mencabut nyawa sesuka hati tetapi mereka juga mengawal bekalan air dan elektrik, ruang udara Palestin dan pantai-pantai sekitarnya.
“Bayangkan ibu-ibu menghantar anak-anak ke sekolah tiap pagi dengan iringan tangisan dan air mata kerana tidak tahu sama ada dapat berjumpa semula anak itu kerana mungkin sekolah akan dibom atau anaknya ditembak mati oleh sniper (penembak tepat) Israel!
“Bayangkan jemaah ke masjid untuk bersolat belum tentu balik hidup atau dalam beg mayat!” katanya.