Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Anak muda Palestin bangkit tanpa hirau nyawa

$
0
0

ASLANI M 



 


KOTA BHARU: Kegagalan Yahudi untuk mencerobohi Masjidi Al-Aqsa sebelum Ramadan lalu kini dialih kepada serangan membabi buta terhadap orang awam di Gaza.

Presiden Pertubuhan Cakna Palestin, Wan Mohd Sharafi Wan Mustafa berkata, anak-anak muda dan penduduk Baitul Maqdis berkampung bagi menjaga Masjid Al-Aqsa.

“Jiwa mereka tidak pernah luntur dengan api perjuangan walau pun usia masih setahun jagung. Jiwa besar mereka sudah berani untuk menghunus senjata walau pun sekadar lontaran anak batu.

“Tenaga muda yang dikenali sebagai 'murabbithin' bangkit dan terus bangkit tanpa menghiraukan nyawa,” katanya di sini.

Sehingga hari ini media melaporkan sekurang-kurangnya 135 orang awam terbunuh, manakala lebih 948 lagi cedera parah akibat bedilan berterusan rejim Israel terhadap penempatan di Gaza.

Wan Mohd Sharafi juga berkata, peperangan besar-besaran itu telah diduga apabila kegagalan zionis menceroboh rumah ibadat umat Islam.

Katanya juga, alasan zionis bertindak kejam ekoran laporan tiga tentera Yahudi yang didakwa diculik Hamas.

“Helah dan justifikasi rejim zionis menyerang Gaza dan memusnahkan Hamas dan Al-Qassam hanyalah tipu muslihat mereka sudah lama dapat dihidu.

“Namun tentera zionis tidak mampu berdepan panji-panji jihad kalangan anak-anak muda di Palestin,” katanya.

Kata beliau apa yang disaksikan sekarang menggambarkan Israel meraung seperti orang gila untk memberitahu dunia kononnya mereka dalam keadaan terancam.

Oleh itu beliau mengharapkan umat Islam di Malaysia berdoa untuk keselamatan pejuang Islam di Gaza.

Beliau juga mengharap sumbangan derma untuk disalurkan kepada Tabung Cakna Palestin. Sumbangan boleh disalurkan melalui Bank Islam - 0301 8010 1229 39, Maybank - 5530 3803 3881 dan Public Bank - 3988 9949 14.

Maklumat lanjut boleh dihubungi di talian 609-7432010 atau 01110732010 atau e-mel - mcpalestin@gmail.com.-HARAKAHDAILY

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722