Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

PERKASA gesa NGO guna nama 'ANWAR-KU'

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali berkata Pendaftar Pertubuhan tidak seharusnya membenarkan NGO atau Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia (NEGARA-KU) mengguna nama tersebut untuk pendaftaran.

Beliau berpendapat, nama NEGARA-KU seolah-olah memberi gambaran bahawa negara ini hanya milik NGO itu semata-mata.

"Nama-nama seperti itu sewajarnya perlu kelulusan menteri dahulu jika hendak digunakan.

"Kami percaya ada nama-nama tertentu dilarang digunakan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan yang sah.

"Mengapa mahu letak nama NEGARAKU? Apa ingat Malaysia ini puak-puak kamu punya sahajakah?" tanya Syed Hassan dalam kenyataannya.

Beliau percaya nama tersebut, yang juga sama dengan nama lagu kebangsaan, termasuk dalam senarai nama yang tidak dibenarkan untuk didaftar sebagai nama pertubuhan.

Syed Hassan secara sinis juga cuba mengaitkan NGO tersebut dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menggesa agar pertubuhan berkenaan menukar namanya sempena nama ketua pembangkang itu.

"Suruh mereka cari nama lain. Bukankah elok letak nama Anwar-ku," katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada NGO yang mempunyai nama sama dengan lagu kebangsaan itu agar tidak mempertikaikan hak istimewa Melayu serta kedudukan Islam di negara ini dalam kegiatan mereka.

"Kalau tidak mahu iktiraf keistimewaan Melayu dan bumiputera serta Islam yang ada dalam Perlembagaan negara jangan mengaku ini negara kamulah.

"Jika masih ada lagi bersifat benci dan tidak boleh terima keistimewaan Melayu dan Bumiputera termaktub dalam Perlembagaan Negara, lebih baik jangan sibuk-sibuk tubuhkan NEGARA-KU," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722