MSTAR ONLINE
Seorang banduan menyuapkan nasi kepada ibunya ketika berbuka puasa pada Program Imarah Ramadhan anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM) dan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) di Penjara Alor Setar, Kedah pada Sabtu lalu. - foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia menetapkan tarikh lawatan keluarga penghuni penjara sempena Aidilfitri tahun ini ialah pada Hari Raya ketiga dan keempat.
Menurut kenyataan Jabatan Penjara Malaysia, lawatan ini meliputi banduan di semua penjara, pusat pemulihan akhlak dan Sekolah Henry Gurney.
iklan
Pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni dan makanan dan minuman untuk mereka hanya boleh dibeli di kantin penjara.
Pelawat juga tidak digalakkan memberi wang kepada banduan kecuali jika berkaitan dengan urusan tertentu seperti pembayaran yuran peperiksaan, menurut kenyataan itu.