GAZA: Angka korban akibat serangan tentera Zionis Isreal terhadap penduduk Gaza, Palestin terus meningkat dan setakat ini 86 dikenal pasti telah gugur syahid manakala 550 cedera.

Sebahagian besar yang terkorban adalah orang awam, warga tua, wanita dan kanak-kanak.
Dalam serangan udara pada Khamis, sembilan lagi rakyat Palestin syahid dan ratusan rumah kediaman dilaporkan musnah setakat ini.
Angka korban dijangka akan terus meningkat dengan Israel terus meningkatkan operasi serangan termasuk bersedia melancarkan serangan darat dengan kekuatan 40,000 anggota tentera yang telah bersiap sedia dengan jentera berat di sempadan Gaza.
Sehingga ini belum ada apa-apa tekanan oleh negara kuasa besar dunia mahupun negara-negara umat Islam terhadap Israel agar menghentikan operasi pembunuhan rakyat Palestin itu.
Sementara itu, Menteri Kerja Raya Palestin Mufeed al-Hassayna berkata, sehingga kini 190 buah rumah telah musnah keseluruhan manakala 6,300 buah lagi separuh musnah.
"Ada 190 unit rumah telah musnah seluruhnya dan 6,300 lagi rosak sebahagiannya oleh operasi ketenteraan Israel di Gaza," Mufeed. -