Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

ISMA: NEGARA-KU mahu tentang kedaulatan Islam dan Melayu

$
0
0
MALAYSIAKINI



 
 
 
Presiden NGO pro-Melayu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abd Rahman berkata gabungan pertubuhan NEGARA-KU hanyalah satu “wajah baru” yang masih menentang kedaulatan Islam dan bangsa Melayu.

“Letaklah nama apa pun, kami sudah kenal siapa anda dan untuk siapa anda bekerja,” katanya dalam satu kenyataan di laman web NGO tersebut.

“NGO baru itu hanya wajah baru pada humanisme, liberalisme dan pluralisme agama.

“Agenda mereka tetap sama fokus untuk menentang Islam sebagai agama persekutuan dan hak kedaulatan bangsa Melayu di tanah Melayu ini,” kata Abdullah Zaik (kiri).

NEGARA-KU, atau NGO Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia di mana Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan peguam kanan Datuk Ambiga Sreenevasan menjadi penaungnya, dilancarkan secara rasmi semalam.

Gabungan kira-kira 60 NGO itu, yang kebanyakannya pernah bekerjasama dalam gabungan NGO BERSIH, bertekad menghapuskan politik berasas etnik, kaum dan kelompokan yang menggugat proses pembinaan dan pembentukan bangsa Malaysia.

Ia mensasarkan tujuan untuk mendidik rakyat melawan perkauman yang melampau.

Selain itu, ia juga merangka program untuk mendidik masyarakat mengenai perlembagaan persekutuan dan hak rakyat melalui program jelajah termasuk kunjungan ke sekolah untuk membolehkan program itu mencapai seluruh peringkat masyarakat.

Gabungan NGO itu juga merancang untuk menyebarkan piagam NEGARA-KU dalam enam bahasa tempatan iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil, Iban dan Kadazan ke seluruh Malaysia untuk tujuan promosi dan pendidikan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722