Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kenyataan Ketua Umno Cheras pertahan Abdul Khalid bersifat politik

$
0
0
Oleh: NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM: Tindakan Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Alhabshee yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar dilihat hanya bersifat politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata kenyataan itu bukan sahaja bersifat politik, tetapi sebagai satu publisiti murahan.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan itu juga tidak ikhlas mempertahankan Abdul Khalid.

ngsueelim“Kenyataan itu hanya bersifat politik dan mencari publisiti murahan sahaja. Saya yakin beliau (Syed Ali) hanya ingin menangguk di dalam air yang keruh, bukan ikhlas dan benar-benar pertahankan Abdul Khalid,” katanya kepada Selangor Kini.

Suee Lim berkata, jika Syed Ali benar menyokong Abdul Khalid, sewajarnya dalam Pilihan Raya Umum akan datang tiada calon Barisan Nasional (BN) bertanding di negeri itu.

“Saya cabar beliau beritahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya pilihan raya akan datang jangan biarkan calon BN bertanding di Selangor,” katanya.

Semalam, Ketua Umno itu mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim supaya beliau meneruskan tugas sebagai orang nombor satu di negeri itu.

Beliau berkata, bekas tokoh korporat itu perlu terus mentadbir kerana rakyat memberi kepercayaan kepadanya bagi penggal kedua.-NFN-

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722