MALAYSIAKINI
Peguam kanan Datuk S Ambiga menegur pemimpin Pakatan Rakyat yang menurutnya tidak teguh dalam isu penukaran agama sepihak.
"Ianya satu isu yang berkait dengan kanak-kanak dan Pakatan Rakyat amat tidak teguh dalam perkara ini," katanya dalam satu acara anjuran pejabat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, Pakatan sepatutnya menuntut agar pindaan dilakukan ke atas perlembagaan untuk menghalang penukaran agama seperti itu.
"Kenapa kita tidak menuntut kepada penggubalan undang-undang (untuk meminda undang-undang sedia ada)?
"Kami berpendapat Pakatan dan kerajaan bertelagah sepanjang masa, tapi kami cuma mahu penjelasan dalam isu ini.
"Kami berharap Pakatan akan keluarkan pendirian teguh dalam isu ini kerana rakyat menderita," kata Ambiga.
Walaupun tidak menyatakan peruntukan khusus, ia dipercayai merujuk kepada tuntutan agar pindaan dilakukan ke atas perlembagaan agar penukaran agama anak bawah umur memerlukan kebenaran kedua-dua ibu bapa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebelum ini menegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan membenarkan penukaran agama anak secara sepihak tanpa kebenaran kedua-dua ibu bapa.