Tindakan terdesak sekumpulan pemimpin dalam PKR untuk memaksa TS Khalid Ibrahim meletakkan jawatan telah sampai ketahap yang sudah mengarut apabila berbagai-bagai andaian dan spekulasi yang disebarkan melalui teks pesanan rengkas dan berbagai-bagai ruang media yang lain.
Di sebaliknya TS Khalid masih sibuk menjalankan tugas beliau seperti biasa sebagai Menteri Besar tanpa halangan dan membuangkan segala spekulasi itu kedalam bangkul sampah. “Ia membuang masa!” katanya apabila disoal oleh pemberita dari berbagai-bagai media.
Khalid telah dapat mengatasi pihak yang berkerumun hendak membinasakan beliau dalam PKR itu kerana tindakan membuat spekulasi ini hanya memberikan pihak yang mendesak Khalid berhenti kerja ini sebagai kumpulan yang terdesak.
Selalunya pihak yang terdesak itu adalah yang paling banyak membuat spekulasi seperti ini. Ia tidak membawa apa-apa keuntungan kepada mereka yang melakukan desakan secara ‘robust’ ini tetapi ia hanya akan melemahkan parti itu dipandangan orang ramai. Orang ramai hanya memandang dari jauh kerana itu adalah isu PKR sahaja. Jika mana-mana parti komponen yang berada di dalam PR itu mengambil kedudukan atau 'stand' yang jelas ia mungkin memberikan ‘consequence’ yang negatif terhadap parti-parti itu.
Sekarang Khalid dengan terancang telah pun ditewaskan sebagai ketua cabang Kuala Selangor tetapi jika kita bertanya balik apa sebenarnya yang mereka dari anti Khalid ini boleh lakukan? Khalid buikannya Menteri Besar untuk Kuala Selangor sahaja tetapi Menteri Besar untuk keseluruhan Selangor. TS Khalid telah mendapat kemenangan dari segi undi dari 11 cabang di Selangor dan mereka dari cabang-cabang yang memberikan kemenangan kepada Khalid juga wajar diberikan penghormatan.
Apa yang akan seterusnya berlaku dalam PKR ini tidak dapat kita pastikan. Yang pastinya parti itu sedang dalam perpecahan dan tidak ada kenyataan dari pucuk pimpinan PKR yang kita dengar sehari dua ini. Lagi lama pucuk pimpinan parti itu berdiam diri dan membiarkan isu ini berpanjangan, ia akhirnya akan menjejaskan keyakinan ahli-ahli parti itu terhadap pucuk pimpinan parti itu dalam masa yang singkat ini.
Apa yang sedang berlaku dalam PKR sekarang menjadi fokus kepada orang ramai yang ingin tahu perkembangan seterusnya. Khalid sedang berada dalam dugaan kepimpinan yang besar dan jika beliau berjaya melepasi dugaan ini beliau akan menjadi pemimpin yang matang dalam PKR dan parti itu pula sebaliknya telah melekat dengan ‘stigma’ sebagai parti yang berpecah belah kerana pemimpin-pemimpin mereka tidak sehaluan di antara satu dengan yang lain.
Ada yang meminta Khalid mengenali siapa dirinya dan bagaimana beliau melalui politiknya sehingga ,menjadi Menteri Besar. Kalau tidak ada PKR tidak ada Khalid sebagai MB. Itu juga betul. Tetapi apa yang lebih betul lagi PKR sekarang sudah membuktikan yang parti itu adalah parti yang mengamalkan ‘vandalism politics’ yang tegar. Apa yang telah terbina akan dirobohkan. Itu sudah lumrah, manusia akan mengambilnya sebegitu. Apabila itu persepsi ramai maka cita-cita dan niat untuk menjadi parti alternatif kepada UMNO dan BN akan terbengkalai. Ia akan menghancurkan kepercayaan pengundi untuk memberikan keyakinan kepada parti itu di masa yang akan datang.
Itulah yang dihadapi oleh UMNO sekarang. Jika ada anak muda yang berniat untuk menaikkan diri dalam politik sesudah mempunyai ijazah berbagai-bagai peringkat melalui UMNO, anak muda itu akan mati dan terjun menjunam sebelum pun mendapat tempat yang rendah dalam UMNO itu
Mereka akan terhempas sebelum berlepas. Maka itulah yang kita lihat berlaku dalam UMNO sekarang ini yang menyebabkan parti itu sarat dengan pengampu dan pengamal politik songsang.
Mereka akan terhempas sebelum berlepas. Maka itulah yang kita lihat berlaku dalam UMNO sekarang ini yang menyebabkan parti itu sarat dengan pengampu dan pengamal politik songsang.
Untuk naik dalam politik UMNO seseorang itu terpaksa tunduk dan akur kepada budaya bunuh membunuh karektor yang baik itu. Itu sebabnya ada anak muda dalam UMNO sudah diterima sebagai pemimpin sekarang ini tetapi anak-anak muda itu terpaksa mengikut budaya yang mengaibkan untuk bersama menjadi pemimpin dalam parti itu. Mereka terpaksa bercakap apa yang mereka sendiri pada awalnya tidak percaya.
Sesungguhnya PKR selalu dikatakan oleh blog ini merupakan DNA kepada UMNO. Mereka tidak suka mengekalkan kejayaan. Mereka akan runtuhkan apa yang terbina. Mereka akan tercari-cari isu untuk membunuh mana-mana individu yang mereka tidak suka dan hendak dihancurkan. Kesilapan-kesilapan dianggap sebagai perlakuan jenayah. Apa jenayah yang sebenarnya berlaku itu dilindungi dan menyalahkan orang lain diatas jenayah yang mereka lakukan sendiri.
Jika yang mengganti itu sama sahaja dengan yang diganti, elok tidak bersusah payah untuk mengganti. Pepatah ada berkata, ‘patah tumbuh hilang berganti’. Tetapi jangan dipatahkan semata-mata untuk mengganti.