Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Pemimpin leka penyumbang penglibatan rakyat sebagai militan di Syria dan Iraq - ISMA [TONTON VIDEO]

$
0
0
 Oleh Shawaliah Hadir

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Sikap sambil lewa pemimpin negara mungkin menjadi faktor yang menyumbang kepada penglibatan rakyat Malaysia dalam kegiatan militan di Syria dan Iraq, ujar Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman.  
 
Menjelaskan dengan lebih lanjut, beliau berkata puluhan rakyat Malaysia ke sana untuk berjihad dan membantu umat Islam atas dasar kemanusiaan.
 
Sedangkan pemimpin negara hanya berpeluk tubuh tanpa mengambil sebarang jalan penyelesaian untuk membantu negara berkenaan. 
 
"Peranan dari segi kepimpinan Islam itu tidak mengambil bahagian dan peranan yang wajar cukup untuk menghilangkan rasa gelora dalam hati pemuda.
 
"Kalau pemimpin kita tidur (tidak berbuat apa-apa), pemimpin negara Islam tidak ada kesedaran, kemudian dia melihat umat Islam kini teraniaya tertindas dan dibunuh oleh musuh-musuh Islam dalam keadaan pemimpin Islam tidak buat apa-apa," ujarnya kepada Antarapos ketika dihubungi. 
 
Selain itu juga menurut beliau lagi, kekurangan ilmu agama mengakibatkan mereka yang sanggup menjadi peserta militan di sana sekaligus langkah yang diambil kononnya atas nama Islam itu terpesong. 
 
Tambahnnya adalah penting umat Islam mendalami ilmu agama bagi mengelakkan individu itu tersilap langkah dalam memperjuangkan hak mereka sebagai Islam.   
 
"Kemungkinan mereka sendiri tidak faham atau mereka tidak mendalami agama sehingga memahami bagaimana sesuatu perkara itu dalam konteks agama boleh dilaksanaan secara tepat dan betul. 
 
"Kalau tidak memiliki ilmu atau agama kemampuan ijtihad dengan betul, membaca realiti secara tepat mereka boleh terjerumus dengan semangat mungkin didorong semangat jihad semata-mata mereka merasakan itu jalan pintas untuk melakukan atau mendekatkan diri kepada Allah ataupun masuk syurga tanpa melihat implikasi jihad itu dari segi tujuan dan maksud jihad yang sebenarnya boleh dicapai atau tidak," jelasnya.
 
Baru-baru ini, polis mendedahkan sedang memburu lima lelaki termasuk seorang pensyarah Universiti Malaya (UM) kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan yang dipercayai mahu menyertai perjuangan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL).
 
Pada 18 Jun lalu, Wakil Tetap Syria ke PBB mendakwa seramai 15 warga Malaysia terlibat dalam aktiviti-aktiviti jihad ISIL.
 
Sehubungan itu, pemimpin negara disarankan agar mengambil langkah proaktif untuk membela nasib umat Islam di sana agar dapat meredakan semangat keterlaluan individu tertentu yang akan memberi kesan negatif pada akhirnya kerana dipergunakan oleh pihak yang berkepentingan. 
 
"Jadi saya rasa itu masalah yang perlu diatasi dengan cara yang menyeluruh, kalaulah kerajaan mengambil sikap yang betul, mengambil pendirian yang betul dalam membela nasib umat Islam di tempat lain yang teraniaya, tertindas mungkin pemuda-pemuda ini rasa keperluan dia atau gelora dalam hati terisi dan terjawab," katanya.
 
LIHAT VIDEO DI SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722