Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Derma 50 sen, boleh didenda RM150?

$
0
0
Oleh HAMBALI AKRAM
\
KETIKA umat Islam sedang menjalani ibadah puasa Ramadan, tiba-tiba meletus isu DBKL akan menyaman pemberi sedekah dan menangkap pengemis dan  gelandangan di sekitar kota raya Kuala Lumpur.

Yang paling mengejutkan ialah kenyataan Tengku Adnan yang bertegas ingin melaksanakan bayaran denda serta merta RM150 kepada pemberi sedekah dalam usaha membasmi gelandangan di Kuala Lumpur.

Hah, biar betul! Dari satu sudut, niat mahu membersihkan Kuala Lumpur daripada golongan pengemis dan gelandangan wajar disokong jika betul pelaksanaannya.

Namun, selain daripada mendenda penderma, tidak adakah cara lain yang lebih sesuai dan cerdik untuk mengatasi masalah ini?

Sikap bermurah hati ini memang ada dalam mana-mana masyarakat di dunia, tidak kira bangsa dan agama. Walaupun kadang kala, ada pihak yang mengambil kesempatan daripada sifat dermawan ini.
Sudah habis ideakah pihak berwajib untuk membasmi pengemis dan gelandangan ini? Janganlah semudah itu disalahkan pemberi sedekah dan penerimanya.

Mereka sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk mengatasi masalah ini. Antaranya, meningkatkan taraf pusat jagaan warga gelandangan, memperbaiki taraf hidup golongan bawahan, menggunakan wang zakat bagi membantu golongan miskin, memperketatkan kemasukan warga asing yang turut mengemis di negara ini, mengoptimumkan fungsi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai cara lagi.

Janganlah malas berfikir dan hanya mencari salah orang lain termasuk pemberi sedekah!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722