Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Beri amaran kepada pengemis, Ku Nan Menteri paling kejam dalam Kabinet

$
0
0
lks

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Seri Tengku Adnan Mansur memberi amaran kepada pengemis dan NGO Soup Kitchen jika terus membantu mereka adalah bukti beliau layak digelar Menteri paling kejam dalam kabinet.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan itu bukan saja tidak berperikemanusiaan malah telah berjaya menandingi kebiadaban Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang mempertahankan tindakan membuang kepala lembu di hadapan rumah Adun DAP RSN Rayer, baru-baru ini.

“Nampaknya sikap tidak ada perasaan dan kurang bijak Zahid sedang disaingi Tengku Adnan, apabila beliau memberi amaran sehingga Isnin ini kepada Soup Kitchen dan pengemis untuk menjauhkan diri dari pusat bandar atau berdepan tindakan daripada Majlis Bandaraya.

“Dengan satu tindakan saja, Tengku Adnan kini terbukti menjadi Menteri paling tak berperikemanusiaan dan kejam dalam kabinet,” ujar Kit Siang dalam kenyataannya semalam.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga mempersoalkan tindakan Tengku Adnan tersebut yang dilihat cuba untuk menjenayahkan kegiatan mengemis seperti dilakukan di Norway.

“Adakah Tengku Adnan mendapat inspirasi untuk menjenayahkan pengemis dari Norway? Sebuah negara antara terkaya di dunia dengan keluaran dalam negara kasar per kapita kira-kira AS$100,000?

“Jika beliau mahu mencontohi Norway, perkara pertama yang harus dilakukan adalah mendapatkan kelulusan Parlimen berkenaan tindakan kejam dan tak berperikemanusiaannya itu,” ujarnya.

Sehubungan itu, Kit Siang menggesa Tengku Adnan supaya menarik balik amarannya itu dan mengadakan perbincangan bersama Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan dan NGO berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Rundingan untuk mengatasi masalah ini perlu dilakukan bersama kesemua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan dan pihak NGO terlibat supaya penyelesaian terbaik dapat disepakati, dengan mengambil kira kesan sosioekonomi kemiskinan,” katanya.

Kit Siang menegaskan lagi, jika Tengku Adnan masih berdegil mahu menghukum pengemis dan Soup Kitchen, Perdana Menteri Datuk Seri Najib harus campurtangan dan mengatasinya agar Malaysia tidak berterusan menjadi ejekan dunia. -Roketkini.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722