Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

"Sepatutnya Saya yang Pergi Dulu" - Ibu Sharifah Aini

$
0
0

KELAB GREENBOC



 
Sepatutnya saya yang pergi dulunya...bukan dia...sebab saya lebih banyak lagi penyakit berbanding dia," kata Sharifah Noor atau Umi dalam getar suara yang cukup sebak saat bercerita tentang pemergian Bidunita Negara, Datuk Sharifah Aini.

Bonda kepada Datuk Sharifah Aini ini berkata demikian tatkala meluahkan perasaannya kepada pengacara Apa Kata Malaysia hlive!, Datuk Aznil Hj Nawawi yang ketika itu sempat meluangkan masa untuk menziarahi jenazah Allahyarhamah selepas beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Pakar Damansara, kira-kira jam 1.26 pagi tadi.

Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang mesra disapa sebagai Kak Pah atau Kak Ani di kalangan rakan-rakan seperjuangan atau peminatnya itu meninggal dunia setelah berada di dalam keadaan yang cukup kritikal akibat jangkitan pada paru-paru.

Umi yang berkerusi roda serta ditemani suaminya (bapa tiri Kak Pah) dalam keadaan yang masih hiba turut memberitahu bahawa dia terkilan kerana pulang lebih awal setelah keadaan Kak Pah mula pulih sebelum dimasukkan sekali lagi ke pussat pakar perubatan tersebut.




"Saya terkilan... sebab balik dulu. Tak sangka jadi begini. Sedihlah....," katanya dengan air mata yang berjuraian keluar sambil disaksikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil yang turut tak dapat menahan rasa sedihnya. Beberapa kali juga Pak Nil juga menenangkan Umi dan meminta wanita tua tersebut supaya bersabar.

Umi terdiam seketika mendengar kata-kata Pak Nil itu tetapi kemudian menyambung kembali kata-katanya.

"Sebetulnya sebelum pulang saya beritahu pada yang saya mahu pulang. Saya juga beritahu dia: "Umi sayang Ani...Dia anggukkan kepala.

"Saya sangka anggukannya itu bermaksud dia okey. Tapi, saya tidak sangka pula yang berlaku adalah sebaliknya dan saya kembali bergegas untuk melihat dia tapi dia sudah tiada.

"Mungkin dia mengangguk sebab tidak mahu susahkan saya. Sedihlah...memang sedih sangat" kata Umi sambil menggeleng-gelengkan kepala dan air matanya kembali bergenang di kelopak matanya dan kemudian terus mengalir turun ke pipi.

Pak Nil terus menenangkan Umi....

Sumber: MURAI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722