Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Salah tangkap khalwat, JAIS perlu beri surat tunjuk sebab

$
0
0
Oleh: LIZAWATI MADFA


SHAH ALAM,: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diminta untuk memberi penjelasan berhubung kes tangkap khalwat membabitkan empat orang yang berpindah rumah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata JAIS seharusnya melaksanakan tanggungjawabnya dengan berlandaskan tatacara yang betul.

“Harap JAIS dapat belajar sebab ada beberapa langkah yang diambil JAIS tidak ikut tatatertib. Penangkapan adalah perkara menyusahkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan KOnvensyen Migrasi Meter Air Individu, di sini, hari ini.

JAIS_040714_TMISHAFIQ_06Beliau diminta mengulas tindakan dua penguatkuasa JAIS menahan empat individu yang didakwa melakukan khalwat ketika semua mereka sedang sibuk berkemas untuk berpindah rumah.

Dalam kejadian pada 22 Jun lalu, Hanisha Abdul Rahman, 29, ditahan bersama pemandu, Muhammad Mukamil Nordin dan dua pekerja lain selepas dipantau selama lima minit.

Ketika tangkapan dilakukan, Hanisha sedang berada di dalam rumah bersama dua kakitangan yang juga rakan serumah sementara Muhammad berada di luar.

Mengulas kejadian itu, Abdul Khalid, berkata Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa menasihati JAIS dalam isu membabitkan orang Islam.

Abdul Khalid“Malangnya, JAIS hanya perlu memberitahu Kerajaan Negeri dan Exco apabila membabitkan sebarang tindakan kepada orang bukan Islam. Tetapi kalau orang Islam, JAIS tidak perlu meminta pandangan Kerajaan Negeri,” katanya.

Pada 1 Jun lalu, JAIS turut dikritik banyak pihak apabila menyerbu pengantin perempuan, Zarinah Abdul Majid kerana kekeliruan status agamanya.-NFN-


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722