Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Jurang Gaji & Pendapatan Orang Kaya VS Golongan Berpendapatan Serdahana & Miskin di Malaysia Tertinggi Di Asia Tenggara!

$
0
0
 


Gini Coefficient Malaysia



Jurang Gaji & Pendapatan Orang Kaya VS Orang Serdahana & Miskin : Saban hari terpampang di media arus perdana yang mana negara kita Malaysia mahu menjadi negara yang berpendapatan tinggi dengan angka dengan pendapatan per kapita USD$15,000 menjelang tahun 2020. Di mana sekarang ini, Malaysia masih lagi ditahap US$9,970. Tetapi..

Tetapi dalam pada masa yang sama, diharap kerajaan Malaysia mengambil berat situasi sukar yang dihadapi rakyat Malaysia jurang pendapatan di antara orang kaya VS orang miskin yang semakin melebar jauh dan semakin jauh….

Semakan Berita terhadap beberapa laporan yang terkumpul yang disediakan oleh World Bank (bank Dunia) menunjukkan?

Berita Semasa turut juga membandingkan Malaysia dengan negara-negara Asia yang lain serta juga dengan negara-negara yang mempunyai kuasa ekonomi dunia yang kuat termasuklah Jerman, Kanada, China, Britain, USA dan lain-lain lagi di mana Berita Semasa cuba melakukan perbandingan secara menyeluruh. Hasilnya…..
Malaysia hanya mampu duduk sama rendah dengan Seychelles, Sudan, Nigeria, Zambia, Papua New Guinea, Gambia, Jamaica, Uganda, Senegal dan Zimbabwe.
Manakala apabila Berita Semasa melakukan perbandingan terhadap antara negara di Asia Tenggara mengejutkan apabila Malaysia diangkat sebagai juara :

Senarai Ranking Negara Yang Mempunyai Jurang Miskin VS Kaya di Asia Tenggara

  1. Malaysia (46.21)
  2. Filipina (42.98)
  3. Singapura (42.48)
  4. Thailand (39.37)
  5. Indonesia (38.14)
  6. Laos (36.74)
  7. Kemboja (36.03)
  8. Vietnam (35.57)
 Gini Coefficient merupakan indeks antarabangsa merupakan penanda aras dan kayu pengukur terhadap ketidakseimbangan pendapatan dalam sesebuah negara. Semakin tinggi nilai indeks tersebut, semakin melebar jurang pendapatan antara orang kaya VS orang miskin.
Berdasarkan semakan Berita Semasa di World Bank, jurang pendapatan di Malaysia semakin naik mendadak dari 37.91 (tahun 2004) kepada 46.21 (tahun 2010)
Pada pendapat Berita Semasa terdapat beberapa faktor dan punca yang menyebabkan jurang pendapatan antara orang kaya VS orang miskin di Malaysia :
  • gaji kaya miskin

  • Pertama : Lambakan pekerja asing yang pastinya dibayar upah yang murah
  • Kedua : Sepanjang 15 tahun lepas, gaji untuk pekerja di Malaysia telah terkebelakang. Hakikatnya hari ini, KWSP melaporkan yang 78.6% daripada penyumbangnya memperolehi RM 3,000 sebulan atau kurang.
  • Pendapatan negara sebahagiannya datang daripada cukai pendapatan individu yang mana setakat hingga hari ini, hanya 1.0 juta daripada 10.8 juta tenaga kerja layak untuk membayar cukai.
  • Ketiga : Kuasa beli rakyat Malaysia semakin lemah dan lemah. Contoh paling mudah. Bagaimana seorang graduan pada 1980 mempunyai kuasa membeli lebih tinggi dibandingkan dengan graduan pada hari ini. Dengan anggaran gaji asas RM1,000 seorang graduan boleh memiliki sebuah Opel Gemini berharga RM12,400 atau 12 bulan gajinya dan membeli sebuah rumah yang baik, mungkin di Taman Tun, berharga RM62,000 atau 56 bulan gajinya.
  • Graduan ari ini, dengan bayaran pokok sebanyak RM2,500 atau hanya 2.5% tinggi daripada graduan tahun 1980, sebuah Mazda 6 sekarang berharga RM178,000 atau lebih kurang 71 bulan gaji bulanannya dan sebuah rumah yang baik tetapi jauh di luar Kuala Lumpur, katakan di Nilai yang berharga RM350,000 atau 140 bulan gaji bulanannya. Kos sara hidup telah meningkat dengan sangat tidak masuk akal dan kuasa membeli seorang pekerja secara puratanya telah berkurangan dengan sangat nyata.
  • Keempat : Ketidaksamarataan dalam sistem pendidikan kita juga menyumbang kepada 77 % tenaga kerja Malaysia hanya berkelulusan SPM dan ke bawah, seterusnya menyebabkan kadar gaji yang rendah.
Berita Semasa tidak menolak bulat sebarang usaha yang emmbawa kebaikan kepada negara. Cumanya jika kita merancang untuk mempunyai satu impian besar bersama, kita sama sekali menatang “kelompok elit dan taikun di Malaysia semata” sedangkan rakyat marhaen yang membentuk lebih 80 % daripada populasi Malaysia pelrukan pembelaan.

Kita memerlukan impian yang merangkumi dan menyeluruh serta menitik beratkan kualiti kehidupan kepada semua rakyat Malaysia, bukan hanya kelompok terpilih sahaja.

gaji miskin kaya

Sayang sekali, jika negara Malaysia yang kaya dengan tanah subur, hasil mahsul seperti petroleum, balak, gas asli dan populasi golongan belia yang besar tidak digunakan dengan sebaliknya. Sama sekali tidak boleh diterima bagaimana mungkin sebuah negara kecil dengan jumlah penduduk sekitar hanya 30 juta mempunyai indeks jurang pendapatan yang sangat besar seperti yang ada sekarang ini. Apa yang sedang berlaku?

Kami tidak berseorangan untuk risau mengenai jurang pendapatan antara orang kaya vs orang miskin semakin melebar, apabila Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak sendiri mengakuinya dengan masalah jurang pendapatan yang semakin meningkat di Malaysia dalam temubual baru-baru ini dengan Martin Soong daripada CNBC.

P/S : Berita Semasa tidak mahu nanti, negara Malaysia dikenali dengan dengan empat perkataan, “Negara kaya, rakyat miskin“. Jadikan data yang ada ini suatu semangat untuk pemimpin menjadikan kehidupan rakyat marhaen di Malaysia bertambah baik dan baik. Insyaallah



Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722