OLEH LOOI SUE-CHERN
Pemimpin Gerakan yang marah memberikan ingatan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa peranannya adalah untuk menjaga keselamatan rakyat negara ini, bukan mempemainkan mereka yang terancam nyawanya.
Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow (gambar) berkata, menteri dalam negeri itu harus ingat bahawa kepala lembu yang ditinggalkan di depan rumah R.S.N. Rayer itu bukan perkara main-main.
"Menteri dalam negeri harus ingat bahawa peranannya adalah untuk menjaga keselamatan bukan untuk membuat kenyataan yang bukan-bukan terhadap kejadian yang mengancam nyawa dan keselamatan wakil rakyat," katanya dalam sidang media di pejabat Gerakan negeri.
Teng mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang menyifatkan kejadian itu berlaku kerana "mulut celupar" wakil rakyat DAP itu merujuk kepada kenyataan "Umno celaka" yang dibuatnya dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sebelum ini.
"Sebagai ahli politik, saya simpati dengan beliau tetapi itulah harga yang perlu beliau bayar kerana mulut celupar," kata Zahid selepas majlis penutup pengiktirafan pengawal keselamatan di Kuala Kubu Baru, hari ini.
Rayer, yang diserang ahli Umno ekoran kenyataan "Umno celaka" dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang lalu, berkata kepala lembu itu ditemui isterinya di depan pagar rumah mereka pagi ini.
"Dia melihatnya kira-kira jam 6.45 pagi. Ia penuh dengan darah dan telah disiat kulitnya," kata Adun dua penggal itu kepada The Malaysian Insider.
Teng juga mengutuk pihak yang meletak kepala lembu di depan rumah Rayer itu.
"Jika ada yang anda ingin katakan kepada Rayer, jumpalah dia secara berdepan. Jangan buat perkara sebegini yang tidak boleh diterima sama sekali dalam negara pelbagai kaum ini," katanya.
Beliau juga meminta polis membuat siasatan dengan cepat kejadian yang sudah dua kali berulang itu. Pada tahun 2010 lalu, sekumpulan ahli Umno dan NGO membawa kepala lembu ke depan pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor ketika kecoh isu pembinaan kuil Hindu di negeri itu.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Hindu Pulau Pinang P Murugiah terkejut dengan apa yang berlaku. "Jangan buat apa yang anda tidak suka orang lain buat kepada anda," katanya.