Oleh: NORHAYATI UMOR
PELABUHAN KLANG: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR (JPP) membuat pengiraan semula undi bagi jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.
Beliau berkata, hal itu adalah atas permintaan penyokongnya yang tidak mungkin berpuas hati dengan kemenangan S Manikavasagam.
“Atas permintaan, kita akan membuat bantahan dan ia juga bagi mahu tengok borang supaya ada kesahihan berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan sempena Ramadan, di Kampung Perigi Nenas, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut dakwaan beberapa pihak yang terdapat wujudnya sabotaj dalam pemilihan itu, Abdul Khalid berkata, beliau bagaimanapun tidak mahu membuat sebarang tuduhan.
“Itu kita kena kaji dan selidik dahulu. Kita tidak boleh membuat apa-apa tuduhan,” katanya.
Namun, Abdul Khalid juga tidak menolak sebarang kemungkinan wujudnya beberapa kecacatan dalam pemilihan yang perlu dilihat semula tidak berlaku perkara seperti ‘matlamat menghalalkan cara’.
“Ada cacatnya dalam usaha itu, kita tentukan demokrasi dijalankan dengan tatatertib dan tanggungjawab. Jangan salah cuaca atau perkara lain bagi menutup kesilapan sendiri,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, JPP perlu melihat perkara itu dan menentukan perkara matlamat menghalalkan cara tidak dilakukan.-NFN-