Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Johari: PKR terbuka walau diheret ke mahkamah

$
0
0
MALAYSIAKINI




 


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR (JPP) Datuk Johari Abdul berkata parti itu terbuka untuk menerima bantahan daripada anggotanya termasuk mengheret mereka di mahkamah berkaitan pemilihan parti itu.

Menurutnya, anggota parti mempunyai saluran untuk mengemukakan bantahan kepada Jawatankuasa Rayuan atau Majlis Pimpinan Pusat jika tidak berpuas hati pada proses pemilihan parti.

"Terbuka kepada mana-mana ahli, sama ada nak buat laporan kepada ROS ke, buat laporan polis ke. Tapi ingat, kalau yang mengadu itu ahli, dia terikat dengan peraturan parti.

"Jika ahli tidak mengemukakan bantah, permasalahan kita disebarkan dalam media, menyerang kita, dia boleh diambil tindakan,"katanya.

Beliau mengulas berhubung perkembangan terbaru ura-ura anggota PKR Cabang Ampang berhasrat memfailkan saman ke atas JPP kerana mendakwa berlakunya penipuan pemilihan di cabang Ampang baru-baru ini.

Berdasarkan maklumat anggota PKR itu dijangka berbuat demikian pada petang ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam, jam 3 petang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722