Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kegagalan rombak kabinet serlah kelemahan Najib

$
0
0
lct

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Kegagalan melakukan rombakan dalam barisan kabinet menyerlahkan kelemahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.

Kata Chin Tong, Najib sebaliknya hanya memperbesarkan saiz kabinet dan gagal menggugurkan individu tidak berprestasi selain tidak membentangkan senarai calon baru Menteri daripada parti Umno.

“Sebelum pilihanraya umum (PRU) ke-13, kabinet Najib mempunyai 29 menteri, 32 selepas PRU-13 dan sekarang 35 orang.

“Sebelum PRU-13, Jabatan Perdana Menteri mempunyai lima menteri, selepas PRU-13 lapan, dan kini sepuluh,” kata Chin Tong dalam kenyataannya.

Semalam, Najib mengumumkan penyertaan kembali pemimpin MCA dan Gerakan sebagai menteri penuh ke dalam kabinet yang terdiri dari Datuk Seri Liow Tiong Lai (Menteri Pengangkutan), Datuk Wee Ka Siong (Menteri di JPM) dan Datuk Mah Siew Keong (Menteri di JPM)

Tiga nama lain ialah Datuk Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri), Datuk Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan) dan Datin Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga & Masyarakat)

Kata Chin Tong, perubahan saiz kabinet sebanyak tiga kali oleh Najib langsung tidak bermakna dalam agenda perubahan, sebaliknya menyerlahkan lagi kelemahannya.

Terdahulu semenjak akhir 2013, spekulasi rombakan Kabinet disebut selepas semua komponen BN menyelesaikan pemilihan parti masing-masing.

Rakyat menjangkakan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri konservatif, digugurkan bagi membolehkan negara bergerak ke hadapan dan bersifat lebih moderat.

Namun perubahan tidak terjadi, sebaliknya Najib pula yang gagal sehingga hari ini melantik Menteri Kewangan sepenuh masa bagi menangani cabaran ekonomi negara yang memuncak.

Dalam masa sama Menteri Luar Anifah Aman dikekalkan biar pun prestasinya merudum sejak insiden kehilangan pesawat MAS MH370.

Manakala Jamil Khir (Menteri di JPM), Tengku Adnan (Menteri Wilayah & Kesejahteraan Bandar) dan Hassan Malik (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan) kekal meskipun tidak cekap dan dikaitkan dengan pelbagai skandal.

“Najib gagal menggerakkan Umno walau seinci pun.

“Semua ini menunjukkan betapa Najib tidak dapat mengekang partinya sendiri dan menyebabkan negara terus terperangkap,” ujar Chin Tong. – Roketkini.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722