MALAYSIAKINI
Gabungan NGO BERSIH menyelar kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyanjung "keberanian" kumpulan pengganas Iraq, Islamic State of Iraq and Levant (ISIS) melalui satu ucapan kepada anggota Umno, Isnin lalu.
Menurut BERSIH, kenyataan Najib itu merupakan ancaman kepada sistem demokrasi berparlimen kerana ISIS melakukan kekejaman dan perbuatan tidak berperikemanusiaan.
"Pujian Najib ke atas ISIS merupakan serangan ke atas kemanusiaan dan ketamadunan. Seruannya untuk mencontohi (ISIS) adalah bisikan halus untuk mengamalkan politik berdarah.
"Ini satu perkara memalukan di peringkat antarabangsa bagi Malaysia dan juga rakyatnya kerana perdana menteri memuji kumpulan pengganas atas tindakan jenayah yang dilakukan," kenyataan BERSIH dipetik.