Gesaan oleh Kementerian Luar itu juga turut menuntut pengesahan terhadap laporan 15 orang rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan itu terbunuh pada bulan lalu.
Wisma Putra difahamkan mengetahui mengenai dakwaan terbabit menerusi sidang media oleh wakil tetap Syria ke PBB pada 18 Jun lalu.
Wakil Syria itu mendakwa, selain rakyat Malaysia, rakyat negara lain termasuk beberapa negara Asean, juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.
"Kementerian sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan mengenai perkara ini dan meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan itu," menurut kenyataan itu.
“Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan mengamalkan kesederhanaan," kata pihak kementerian dalam satu kenyataan semalam.