Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Tak sampai 10 minit rumah lenyap dari pandangan

$
0
0

Halim Abdul Hamid ketika menceritakan kisahnya kepada Sinar Harian Online.Halim Abdul Hamid ketika menceritakan kisahnya kepada Sinar Harian Online.


KUALA LUMPUR - "Tidak sampai 10 minit ,rumah saya hilang pada pandangan. Rumah pak cik kayu, senang sangatlah nak dirobohkan," kata salah seorang penduduk Kampung Chubadak Tambahan mengenai situasi ketika kediamannya dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), baru-baru ini.

Penduduk Kampung tersebut yang dikenali sebagai Halim Abdul Hamid,75, berkata, ketika kejadian beliau sedang memberi haiwan ternakannya makan.

"Sedih sangat hati pak cik... Rumah pak cik dirobohkan. Sebelum kejadian, dalam lapan orang masuk rumah pak cik sambil bawa bekas sebab hendak 'kemas' rumah pak cik.

"Lepas siap 'kemas' mereka terus roboh rumah pak cik," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Himpunan Bantah DBKL di Ibu Pejabat DBKL hari ini.

Halim mendakwa, akibat tindakan itu, beliau dan keluarganya kini terpaksa tinggal di garaj kereta.

"Saya dukacita dengan cara itu, macam merempat sangat. Lepas roboh rumah pak cik, pak cik terpaksa tinggal di garaj.

Pada 9 Jun lalu, pihak DBKL telah merobohkan beberapa buah rumah di kampung tersebut.

Terdapat kira-kira 160 keluarga di kampung itu, lokasi kampung ini yang hanya lima kilometer daripada pusat bandar.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722