Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Peguam Negara dicabar letak jawatan, gagal pertahan hak orang Islam

$
0
0
Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar

 
Post Pic
 
 
 
PUTRAJAYA: Pertubuhan Pribumi Perasa (PERKASA) hari ini mencabar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk meletak jawatan kerana gagal mempertahankan hak orang Islam.
 
Gani harus berbuat demikian dan digantikan dengan individu lain yang agresif mempertahankan hak orang Islam, ujar beberapa pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu.
 
Tambah mereka, Gani perlu meletak jawatan demi mengelakkan ramai lagi orang Islam dimurtadkan, selain mahu kalimah Allah terus menjadi hak eksklusif umat Islam.
 
Gesaan itu dibuat di hadapan Mahkamah Persekutuan ketika prosiding permohonan Gereja Katolik memohon dibenarkan merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang The Herald menggunakan kalimah Allah, berlangsung.
 
Naib Presiden PERKASA, Syed Omar Mansor ketika berucap  memberitahu akan menerima apa sahaja keputusan badan kehakiman pada hari ini.
 
"Kita akan pamerkan satu disiplin yang rakyat mahu lihat kononnya PERKASA satu badan rasis dan menentang undang-undang.
 
"Pagi ini kita nak tunjuk PERKASA penuh dengan disiplin. Apa pun keputusan PERKASA tetap akan terima dengan hati terbuka. Apa pun tindakan selepas ini kita serah kepada pucuk pimpinan," ujarnya.
 
Sejak awal pagi tadi, hampir 200 masyarakat Islam berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman bagi menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang akhbar mingguan katolik itu daripada menggunakan kalimah Allah.
 
 
 
Selain berselawat dan melaungkan "Allahuakbar", mereka turut membawa sepanduk bertulis "Bersatu Demi Pertahankan Kalimah Allah" dan "Berjuang Hingga ke Titisan Darah Terakhir".
 
 
 
 
 
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722