Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

S'gor bantu keluarga Ustaz Ahmad Mustafa

$
0
0

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor akan membantu segala keperluan balu dan anak-anak bekas Imam Besar Masjid Negeri, Allahyarham Ahmad Mustafa Al-Muqri yang meninggal dunia pada 9 Jun lalu.

Semalam, kerajaan negeri melalui Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail telah menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada isteri Allahyarham, Nurazira Ahmad Bashir ketika melawatmereka di kediaman Kuarters Masjid Negeri.

Selain itu, menurut Rodziah, kerajaan negeri juga sudah mengarahkan pihak Jabatan Agama Islam (Jais), supaya membuat pembayaran penuh kos rawatan Allahyarham di Institut Jantung Negara (IJN) sebanyak RM130,000.

Katanya, pihaknya juga akan melihat keperluan balu Allahyarham dan anak-anaknya dari masa ke semasa.

“Jadi kita akan lihat keperluan mereka yang lain dan cuba membantu dari segi pendidikan anak-anak dan sebagainya," katanya dipetik Selangorkini.

Allahyarham Ahmad Mustafa Al-Muqri menghembuskan nafas terakhir pada usia 39 tahun di IJN akibat komplikasi jantung selepas enam hari dimasukkan ke institut itu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima orang anak berusia antara 11 tahun hingga tiga bulan.

Beliau dilantik menjadi Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sejak 2008.

“Kita juga akan menyumbang sumbangan khairat kematian kepada keluarga arwah. Kita tahu tabungan ini tidak akan cukup, namun sedikit sebanyak kita dapat membantu mereka.

Selain itu, menurut Rodziah pihak Jais juga  akan membayar pampasan kepada keluarga Allahyarham selama tempoh perkhidmatan arwah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722