Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Rakyat Malaysia lebih sukakan persepsi daripada fakta

$
0
0

 
Jangan bermain dengan persepsi tetapi bermain dengan fakta berdasarkan ilmu

Naim_Mohd_Aziz_300x200
Shah Alam: Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Naim Mohd Aziz, berkata masyarakat Malaysia lebih tertarik dalam soal persepsi daripada fakta.

Menurut beliau, keadaan bertambah buruk apabila medan sosial telah digunakan untuk menyebarkan maklumat yang salah iaitu mengulas tanpa ilmu dan ini telah memburukkan lagi keadaan.

“Datang isu Cadbury, kecoh satu dunia seolah-olah dunia sudah kiamat kerana sudah makan babi dan telah berlegar-legar dalam perut.
“Persepsi masyarakat mengenai coklat Cadbury seperti seekor babi telah terjun ke dalam kawah coklat,” kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jelasnya lagi, persijilan halal hanya diuruskan oleh Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri. Prosedur yang ketat dalam persijilan halal kerana penelitian dilakukan daripada kandungan bahan mentah sehingga ke pengeluar asal.

“Jakim yang tentukan halal atau tidak dan perkara ini bukan main-main. Jakim juga adalah orang Islam dan seorang pengguna. Adakah kami redha melihat berlakunya kecurangan dalam industri?”

“Tentulah tidak kerana apabila kami menerima sesuatu permohonan, kami akan siasat dan menilai ke akar umbi,” katanya ketika Wacana Sinar Harian bertajuk Isu Halal: “Apa Hak Pengguna” di Kompleks Karangkraf di Shah Alam.

Tambah Naim, Jakim berkhidmat bukan hanya untuk orang Islam, tetapi untuk semua pengguna.

“Bukan hanya orang Islam sahaja yang mencari makanan halal, tetapi orang yang bukan Islam juga mencari makanan yang halal kerana mereka percaya yang halal pasti berkualiti dan terbaik.

“Dengan persijilan halal ini ramai orang Islam mendapat tempat dalam industri orang bukan Islam dan berpeluang untuk mengisi tempat dalam syarikat pengeluar makanan terkemuka dunia sebagai pemantau pengeluar produk halal,” jelasnya.

Katanya lagi, Kementerian dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan telah mengeluarkan peraturan baru yang mana produk mengandungi babi perlu dilabelkan.Jika tidak dilabelkan, mereka boleh ambil tindakan di bawah pelabelan.

“Yakin atau tidak, tepuk dada tanya selera, jangan bermain dengan persepsi tetapi bermain dengan fakta berdasarkan ilmu. Terima analisis-analisis dengan akhlak,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata halal merupakan satu senjata yang amat besar untuk orang Islam maju ke hadapan.

“Masyarakat khususnya umat Islam pada masa ini terlalu suka mengambil mudah dan tidak bersungguh-sungguh untuk bersatu menyelesaikan kes-kes seumpama ini.

“Masyarakat umat Islam perlu sedar jika mahu maju ke hadapan dan bersatu untuk menangani kes-kes seumpama ini dan bukan hanya menyalahkan sebelah pihak sahaja,” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722