Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Cop haram perlu, kata Dr. Mohd Asri

$
0
0

Saya mencadangkan supaya tindakan undang-undang diambil, jika makanan tidak halal itu tidak ditampal logo haram.


Dr Mohd Asri Zainul AbidinSHAH ALAM: Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya di dalam negara Malaysia lebih memerlukan cop haram berbanding cop halal.

Menurut Mohd Asri, negara Malaysia adalah sebuah negara Islam dan tentulah banyak makanan halal daripada makanan tidak halal kerana di Malaysia majoriti orang Islam.

“Saya mencadangkan supaya tindakan undang-undang diambil, jika mana-mana pengeluar dan premis produk makanan yang tidak halal itu tidak ditampal cop haram.

“Tidak akan ada orang yang akan hendak membuat cop haram palsu dan saya rasa ia releven, jika cop haram diperkenalkan di negara ini,” katanya ketika Wacana Sinar Harian bertajuk Isu Halal: “Apa Hak Pengguna” di Kompleks Karangkraf di Shah Alam.

Tambah beliau, jika cadangan ini dibuat, penguatkuasaan mesti dilaksanakan dengan lebih jelas.

“Apa yang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak cop halal belum tentu haram. Jika termakan atas satu kesilapan, maka boleh dimaafkan.

“Tuhan maha pengampun dan jangan tersalah faham tentang konsep agama Islam kerana ianya sangat luas.

“Sebagai contoh di negara seperti di Eropah yang seumpamanya banyak makanan haram daripada makanan yang halal memerlukan cop halal. Begitu juga di Malaysia yang banyak makanan yang halal dan makanan yang tidak halal memerlukan cop haram,” ujarnya.

Jelasnya lagi, berdasarkan konsep agama Islam semua benda halal, kecuali dapat dibuktikan benda itu haram.

“Boleh kita bergantung pada cop halal, tetapi perlu ada keluasan agama,” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722