MALAYSIAKINI
Seorang pemimpin Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menjelaskan bahawa pergerakan itu tidak menganggap rakyat Cina Malaysia sebagai musuh hanya kerana kaum mereka.
"Jangan menuduh kami memusuhi bangsa Cina kerana mereka Cina... Cina yang tidak mencabar dan memusuhi Islam adalah rakan-rakan kami di dunia ini," kata Ketua Majlis Syura Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Sharipudin Ab Kadir.
"Perlu diulangi Cina yang beragama Islam adalah saudara kami," katanya dalam satu kenyataan.
"Kemuliaan di sisi kami ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Bangsa, warna kulit, keturunan dan darjat tidak membezakan antara kami kecuali taqwa," tambahnya.
Menurutnya, musuh ISMA ialah mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya.
"Musuh kami ialah mereka yang mencabar dan merendahkan agama kami setaraf dengan ideologi ciptaan manusia.
"Kami mencintai bangsa kami bangsa Melayu kerana bangsa kami beragama Islam. Tetapi tidak mengatasi bangsa lain yang beragama Islam. Mereka saudara kami seagama," tambahnya.
ISMA, tegas Sharipudin, menentang mereka yang cuba untuk mengeluarkan bangsa Melayu daripada Islam.
Kelmarin, Presiden ISMA Abdullah Zaik Abdul Rahman didakwa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya bahawa rakyat Cina Malaysia adalah "penceroboh".