Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Gangguan air: Jangan abai kawasan yang terima bekalan selain dari Empangan Selangor

$
0
0
okm

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming menggesa kerajaan Selangor jangan mengabaikan kawasan yang tidak mendapat bekalan air daripada Empangan Selangor dalam rancangannya untuk menghadapi musim kemarau yang akan datang.

Mengulas pengumuman Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) 17 Jun lalu, berhubung gangguan serius bekalan air di Hulu Langat yang bakal memberi kesan kepada 33,446 isi rumah, beliau meminta agar kawasan-kawasan seperti Balakong dan Bangi tidak lupakan.

Kedua-dua kawasan itu mendapat bekalan air daripada Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih yang tidak dapat menampung permintaan yang tinggi.

“Kami mengalu-alukan jaminan kerajaan Negeri bahawa tiada catuan air untuk kemarau akan datang. Kami berharap usaha yang diumumkan, seperti mengepam air daripada bekas tapak lombong, pembenihan awan serta projek Hybrid Off-River Augmentation System (Horas) di Sungai Selangor berjaya mencegah catuan.

“Namun pada masa sama, kami menggesa kerajaan tidak melupakan masalah air di kawasan yang mendapat bekalan selain dari Empangan Selangor, termasuk Balakong dan Bangi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Syabas, gangguan di Hulu Langat itu berpunca daripada paras air yang merosot, antaranya di Kolam Terminal Bangi, Kolam Tasik Kesuma, dan Kolam Kajang Utama yang mendapat bekalan dari LRA Semenyih.

Ia berikutan permintaan air yang tinggi. Pada masa sama, pengeluaran air terawat dari LRA Semenyih sudah pun mencapai paras maksimum.

Mengulas lanjut, Kian Ming memaklumkan 40 peratus daripada isi rumah Selangor tidak mendapat bekalan air daripada Empangan Selangor, justeru masalah tersebut tidak akan diselesaikan dengan hanya mengepam air di empangan itu.

Justeru, beliau menyarankan agar satu perancangan menyeluruh dirangka dalam menangani masalah itu, antaranya menerusi:
  • Penubuhan jawatankuasa kerja yang dianggotai Menteri Besar, Ahli Jawatankuasa Negeri (Exco), wakil rakyat dan pegawai kerajaan bagi mencari penyelesaian tambahan.
  • Pembentukan kumpulan pengagihan air khas dengan sumber mencukupi di kawasan-kawasan yang terjejas.
  • Pelaksanaan dasar penjimatan air yang tegas, seperti menghentikan operasi semua pusat cuci kereta tanpa lesen.
  • Pelancaran program pendidikan penjimatan air yang agresif di peringkat tempatan.
  • Pembentukan kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar untuk menguatkuasakan standard pelepasan di kilang dan loji kumbahan yang melepaskan bahan kimia di sungai.
“Pemikiran dan pendekatan proaktif akan meyakinkan rakyat negeri, bahawa kerajaan negeri sedang melakukan sedaya-upaya untuk mengurangkan bekalan air dan mengelak daripada berlakunya catuan air seperti beberapa bulan lalu,” katanya lagi. – Roketkini.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722