MALAYSIAKINI
Peneroka Felda tidak layak mendapat lesen persendirian dan pekebun kecil dari Lembaga Minyak Sawit Berhad (MPOB) kerana mereka tertakluk kepada perjanjian yang ditandatangani dengan Felda, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.
Beliau berkata klausa 9 Surat Perjanjian (Sawit) Lampiran A menetapkan semua peneroka walaupun memiliki geran tanah wajib menjual hasil kepada "sebuah kilang yang ditetapkan Felda dan menerima harga yang ditetapkan bagi satu-satu bulan oleh Felda."
"Dalam soal hak milik ini jelas dalam surat perjanjian yang dimeterai bersama Felda. Tanah tidak boleh dicagar dipindah milik dan dijual kepada pihak ketiga.
"Peneroka walaupun mempunyai 10 ekar tanah tidak boleh memohon lesen pekebun kecil kerana mereka tertakluk dengan perjanjian Felda," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Razali berkata berkata hal demikian tidak bermakna Felda mengabaikan nasib peneroka sambil memberi contoh berkaitan pengumuman kerajaan membina rumah generasi kedua di Felda Soeharto Hulu Selangor pada 2010
"Tetapi sampai sekarang tak boleh buat sebab tanah milik kerajaan Selangor dan ada sekatan tertentu. Sama juga dengan ini, ada sekatan untuk pastikan warga Felda terbela," katanya.
Felda lebih telus
Sementara itu Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Samsuddin Othman menjelaskan urusniaga dengan Felda lebih telus selain menjamin kualiti minyak sawit yang dibekalkan.
Beliau yang juga peneroka di Felda Tenggara Johor berkata isu harga sawit itu sebenarnya tidak tepat dan tidaklah menekan peneroka sehingga miskin seperti yang didakwa kumpulan tertentu.
"Ada kata jual sawit kepada Felda murah. Sebenarnya Felda lebih telus berbanding kilang luar kerana harga Felda dibayar seperti ditetapkan MPOB," katanya.
Samsuddin turut berkata hasil kajian yang dilakukan Jawatankuasa Muafakat Peneroka Felda, mereka mendapati kilang luar turut tidak telus dalam menimbang hasil perahan sawit.
"Isu perahan sawit, kita dah tunjuk peneroka jangan hantar buah yang muda dan mengkal. Dalam kilang lain, hal timbang tak relus.
"Kini banyak pekebun kecil juga dah jual dan hantar hasil sawit mereka kepada Felda," katanya.