Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Rafizi: Projek kampus UiTM kerana melobi

$
0
0

MALAYSIAKINI


 


Pengarah strategi PKR mendakwa projek pembinaan enam kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM) berpunca dari tindakan melobi dari syarikat konsesi dan bukannya terhasil dari pelan jangka panjang universiti.

Rafizi membangkitkan dakwaan tersebut dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini, dan turut menggunakan peluang tersebut untuk membuat satu lagi pendedahan mengenai projek pembinaan kampus UiTM Jasin.

Beliau mendakwa, konsesi tersebut diberikan kepada dua orang bekas ADUN Umno Selangor.

"Ini memberi gambaran seolah-olah keputusan untuk memberikan satu konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM kepada kedua-dua tokoh ini dibuat terlebih dahulu sebelum keputusan membangunkan kampus cawangan UiTM," kenyataan medianya dipetik.

Beliau mendakwa konsesi 23 tahun itu bernilai RM1.5 bilion.

Rafizi mendakwa, bukti yang didedahkannya itu memadai untuk menunjukkan bahawa UiTM digunakan oleh Umno untuk menanggung bebanan kewangan bagi memberi keuntungan kepada pemimpin parti itu.

"Ini turut membuktikan konsesi tersebut diberikan menerusi rundingan terus," kata beliau.

Beliau mendakwa syarikat konsesi itu ditubuhkan pada 2010, semata-mata untuk pembinaan satu kampus UiTM di Serendah.

Namun bila rancangan itu itu gagal, syarikat berdaftar di Kuala Lumpur itu mengalihkan perhatian ke pembinaan kampus di Jasin, Melaka, dakwanya.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama pemimpin Umno dan syarikat yang terlibat sementara menunggu maklum balas mereka.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722