Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

PAC tidak mahu apa yang berlaku di IPD Sentul berulang

$
0
0

Pihak kementerian kerap kali menuding jari kepada JKR sekiranya berlaku penangguhan projek dan masalah.

nur-jazlan-mohamed-3


KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed menyarankan agar pada masa hadapan, setiap kementerian menyelaraskan arahan dan gerak kerja dengan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Hal ini bagi mengelakkan perkara yang sering terjadi iaitu lepas tangan sekiranya berlaku penangguhan projek pembinaan bangunan.

“Pihak kementerian kerap kali menuding jari kepada JKR sekiranya berlaku penangguhan projek dan masalah walhal pegawai kementerian juga perlu bertanggungjawab untuk memantau bersama,” katanya dalam satu sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelasnya lagi, seharusnya pihak kementerian tidak sepatutnya menyalahkan pihak JKR sekiranya berlaku masalah penangguhan kerana JKR hanya pelaksana dan kementerian juga terlibat dan bertanggungjawab dalam proses tersebut.

“Situasinya apabila tiada penyelarasan dan memberi arahan jelas dan JKR pula tidak kuat hanya ikut maka apabila berlaku masalah, tuding menuding akan berlaku,”

Nur Jazlan turut memberikan contoh yang berlaku kepada Balai Polis IPD Sentul.

“Pada asalnya pembinaan balai polis tersebut dilakukan tanpa membina pagar atas alasan bagi lebih ‘mesra rakyat’, tetapi setelah selesai pembinaan, pihak polis pula meminta peruntukan tambahan untuk membina pagar.

“Pembinaan pagar itu adalah kerana di dalam balai polis tersimpan bahan-bahan bukti dan turut menyimpan senjata api,” katanya.

Beliau sebelum itu meluangkan masa bertemu beberapa wakil Kementerian Kerja Raya berhubung pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 2.

Menurut Jazlan, projek itu dijangka siap pada September ini kerana projek tersebut kini sudah siap sebanyak 95 peratus.

Menurutnya, lebuh raya sejauh 184 kilometer itu menghubungkan Jabor ke Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu dan sepatutnya siap pada Mac 2009.

Namun, perubahan status lebuh raya itu daripada jalan persekutuan kepada jalan bertol menyebabkan peruntukan tambahan sebanyak RM800 juta diberikan kepada Kementerian Kerja Raya untuk projek itu.

Bagaimana pun, pihaknya berpuas hati apabila hanya RM600 juta digunakan dan baki RM200 juta akan dipulangkan semula kepada Kementerian Kewangan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722