Oleh: Rusnizam Mahat dan Fiza Halim
KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menepati janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.
“PM janji kosong, dua tahun lalu mahu mansuhkan Akta tersebut tapi pemimpin KEADILAN masih didakwa di bawah Akta itu.
“Kerajaan sebenarnya belum bersedia untuk memberikan kebebasan bersuara kepada rakyat dan berpura-pura mahu mansuhkan Akta Hasutan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau mengulas laporan media bahawa Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) sedang merangka Rang Undang-Undang Harmoni Nasional untuk menggantikan Akta Hasutan.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri pada 10 Jun lalu menafikan kerajaan menerima cadangan tiga draf RUU berkaitan akta baru itu.
Nancy dilapor berkata, Kabinet masih belum membuat keputusan menerima cadangan daripada badan bukan kerajaan (NGO) kerana perlu meneliti dan memperhalusi sama ada ia sesuai dilaksanakan atau tidak.
Sementara Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed pada 12 Jun lalu berkata “tiada keperluan” bagi kerajaan menggubal undang-undang perpaduan negara.
Mengulas lanjut, Surendran berkata, pendirian KEADILAN sebelum ini jelas supaya Akta Hasutan dimansuhkan sepenuhnya kerana ia hanya digunakan bagi kepentingan politik Umno-BN.
“Masalahnya dengan Akta Hasutan, ia menjenayahkan apa sahaja. (Takrifan) begitu luas sehingga apa-apa kenyataan boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.
“Ia boleh disalahgunakan untuk menangkap rakyat dan akta ini jelas bermotifkan politik. Badan kehakiman sendiri tidak dapat melindungi rakyat daripada tindakan ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Padang Serai.
Surendran berkata terdapat peruntukan sedia ada yang boleh digunakan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan berbau perkauman dan menimbulkan ketegangan kaum.
“Ada peruntukan seperti kanun keseksaan, Seksyen 505 yang mana kenyataan yang boleh menyebabkan ketegangan kaum, boleh dihukum di bawah peruntukan itu. Ada peruntukan yang spesifik yang sudah wujud untuk digunakan,” ujarnya.
Beliau juga tidak yakin Rang Undang-Undang Keharmonian Kaum dapat memberi keadilan kerana dikhuatiri mempunyai muslihat tertentu yang mengancam hak dan kebebasan bersuara.
“Kita syak kerajaan tak jujur dalam gubal Akta tersebut. Kita mahu rakyat bebas untuk bersuara dan kalau akta tersebut digantikan dengan Akta Hasutan, ia perlu mengikut Artikel 10 perlembagaan persekutuan,” ujarnya.